8.9.10

Pemergian bermakna di pagi raya



cerita yang gua nak story ni memang menyayat kalbu. menjelang hari raya yang akan tiba minggu depan membuatkan gua kembali rindu kepadanya, kekasih gelap gua. berat gua nak cerita. tapi disini sahaja tempat luahan segalanya. kehilangan orang yang tersayang di pagi raya sudah tentu akan mencipta dunia serta suasana baru dalam hidup kita. dan gua terpaksa menghadapi itu.siapa sangka dalam sekelip mata, tanpa gua sedari segalanya hilang. tuhan lebih sayangkan beliau. dan mungkin atas sebab itu pemergiannya merubah detik2 bahagia hidup kami bersama. lebih2 lagi kehilangannya di pagi raya membuatkan gua lemah dalam meniti hari2 esok gua.


selama kami hidup bersama, pelbagai gelak ketawa, luka dan duka kami hadapi bersama. dan gua tak sangka permergian beliau lebih awal dari gua. mungkin tuhan cuba menyampaikan sesuatu. gua tangkap. gua rasa dia suruh gua bersedia dengan kematian. kerana sudah pasti tiada siapa yang akan kekal dalam dunia.


lantas.gua tidak ingin mengenang nasib.bukan cara gua untuk hidup mengenang perkara2 yang sudah terjadi kerana gua percaya masih banyak lagi perkara yang perlu gua tangisi.dan hari itu bukanlah pengakhiran segalanya. dan setiap hari gua perlu dan akan tersenyum mengenang masa2 gembira kita bersama oh sayang.


gua doakan kehidupan lu disana bersama bidadari syurga, sungai madu, sungai susu, mahligai istana yang akan sentiasa membuatkan kau bahagia.dan tolong jangan lupa gua. penat gua jaga lu tiap2 hari. bagi lu makan. cuci reban lu.beli dedak lu. akhir kata gua sayang lu.sumpah gua rindu lu. muah! xoxo!





No comments:

Post a Comment