9.9.10

mintak mak kueh sepotong

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya..
Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin..dah tak ada ayat lain dah untuk gua ucap pada kalian semua..gua pun naik jelak dengan ayat status updated yang berulang2 di wall fb gua..jelak gua bukan tandanya gua bosan dengan ucapan2 yang gua tulis, tetapi kerana gua sudah tau hari yang semua nanti2 kan itu akan tiba dan berlalu seperti mana hari2 biasa yang lain..
Sambutan Hari Raya tahun nie? sudah tentu agak meriah.. kanak2 riang gembira beraya bermain meriam, makcik2 pulak sebok dengan persediaan rumah dan kueh2 raya , dan yang gua pasti lu semua mesti sudah puas bershopping sana sini membeli bju raya baru yg cantik2 tak lekang dimata mcm mmokk. Biasalaa akhir2 ramadhan semua orang pun mesti sebok dengan hal family masing2. Termasuk laa family gua. ingin gua sampaikan dsini bahawa kesibukan-lu adalah kehadiran-ku juga.. so berjimat cermat laaa.sebok2 juga. puasa kita still berjalan pd bulan2 yg lain dan gua tak mahu bangsa2 gua kurang amalan pahala puasa sbb terlalu lebih memikirkan keseronokan hari raya berbanding bulan penuh mulia bulan ramadhan ini.

RAYA FOR NOTHING??
nothing is possible.. yer gua tahu bukan semua orang suka beraya..
bagi gua semua orang ade perasaan dan hati masing2 yang sendiri sama tau.. sng cerita kalu lu smua orang nak tahu lu semua kena cuba, lihat, jadi dan berada disituasi mereka then barulaa lu boleh tahu kenapa segelintir mereka ini berfikir begitu.yep
bukan semua orang suka raya. kawan gua benci raya sebab dia baru sahaja kehilangan bapanya.mereka sedeyh tapi tabah mghadapi walau perit dihati mengisi kekosongan untuk berhari raya bersama sekeluarga. namun raya itu bukan bermakna bagi dia. kawan gua benci raya sebab kene balik kampung. katanya membosankan. katanya tak da live, semua family bercanggah, family problem..kawan gua benci raya sebab pagi raya rumah dia makan biskut mayat cicah milo panas je. kawan gua benci raya sebab tangan dia putus.dengar cerita kene penangan meriam buloh. kawan gua benci raya sebab kene pergi jumpa mak mertua. bersedia je lah telingan dibaham-baham. kawan gua benci raya sebab duit nak buat downpayment viva se baru terpaksa ditangguhkan kerana perlu dijadikan duit raya untuk anak-beranak dan sanak-saudara. kawan gua benci raya sebab baju raya dia dah 4 tahun tak tukar. kawan gua benci raya sebab raya kedua dia dah kene masuk kerja. kawan gua benci raya sebab abang dia kehilangan nyawa di jalan raya. kawan gua benci raya sebab dia dah tak boleh jadi hantu raya. kawan gua benci raya sebab badan dia naik 12paun lepas raya. kawan gua benci raya sebab dia tak mampu melihat dunia. =.='

***

kalau anda salah seorang golongan mereka di atas. anda jangan risau. anda tetap kawan gua. cuma sedikit peringatan, telah tuhan jadikan dunia ini untuk berlagak adil pada penduduknya. maka dengan kesederhanaan, beringat2lah pada mereka yang lebih memerlukan. tiada hari sehebat hari raya kecuali hari kiamat. kita hanya melaksanakan apa yang mampu..speaking gua* to just move on something that can be functional, if its nothing so let do something to feel it joy and happiness. then hopefully we can be happy like others. remember Allah always there for us~ maka bergembiralah sepuas2nya di hari raya..

dengan ini gua ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua insan yang bergembira.Selamat Menyambut Eid ul-Fitr Semua.

Maafkan segala kesalahanku wahai kawan-kawan. Semua yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu adalah dari diriku sendiri.

p/s: kawan satu dunia

No comments:

Post a Comment