28.12.10

4-4-2


"Gua ingat kita kena stail attacking le. Sampai bila kita nak jadi sub?. Asyik duduk tepi tengok orang main je"

"Tu le, gua pun dah lama fikir hal ni. Kalau attacking sama attacking memang cantik le. Tapi cuba kalau diorang main stail defensive..? Risiko tinggi."

"Betul. Bahaya. Malu pun dapat. Tapi kalau tak attacking, nak stail macam mana lagi? Defensive? Jangan harap le gua nak defensive. Kecuali sebab sebab tertentu.."

"Gila lu nak defensive. Gua pun tak nak. Kalau yang attack hancur lebur baru gua defensive.."

"Lu nak stail midfield playmaker..?"

"Lambat..hari hari nak jalan kerja. sikit sikit..sikit sikit..lepas tu tak dapat. Gila, boleh hancur hati tau tak..?"

"Ye laa kita hati kering je le.. Start hari ni kita attacking.."

"Peh..solid makwe tu. Memang kena dengan lu ni. Manis..manis.. je muka dia.. Apa tunggu lagi..? Kata nak attacking.."

"Gua sub dulu le hari ni.."

20.12.10

TULIS

lama sudah tak menulis
hari ini gua menulis
tapi tak tahu isi apa nak di tulis
gua rasa malas sudah nak menulis
tapi gua tetap akan tulis
walau mati kutu pun gua tetap akan menulis
jangan tulis bukan bukan
itu kata ibu gua
kata hati orang tersayang pula
jangan tersilap menulis
ada jgak kata jiran sebelah gua
kalau ketor2 tulis tu pakai la lutut? pfft
dan last sekali kata hati gua..
HILANG AKAL
..
gua menulis kerna suka suka
sebab itu gua nak tulis
selamat menulis

notatuliskaki

9.12.10

GAMPANG 2

tadi sedang gua ralit bertukang di belakang rumah membuat reban kambing. Tiba-tiba, jiran gua jerit panggil gua.

"Wie,wie!"

Sepantas kilat gua meluru ke hadapan takut takut kalau ada kecemasan berlaku.

"Ada apa ni panggil gua?"

Jiran gua senyum nipis

"Hai, putih nampak sekarang, pakai fair n lovely ka?"

"Bukan, bukan!" jawab gua sambil genggam erat tukul kuku kambing di tangan.

7.12.10

Kisah Cinta

Tadi sedang gua ralit melayan geng2 Facebook di hadapan laptop, Hamidon muncul entah dari mana dan ingin duduk di atas riba gua. Gua keraskan kaki dan biarkan kaki gua digesel gesel. Mata gua tetap tak berganjak memandang skrin.

"Lu buat apa ni?" tanya Hamidon mendongak memandang gua. kulu kilir seperti tiada arah tuju menunggu respon dari gua

"Buat kerja berfaedah sikit. Lu nak apa ni Midon?." tanya gua

"Gua bosan la, asyik mengulor ja. Lu nak dengar cerita tak?? " tanya Hamidon penuh semangat.

" Yelah2, cerita jelah." balas gua acuh tak acuh

" Ni cerita masa gua mula-mula jumpa Julia dulu ". Ceritanya bermula.....


Di awal pagi yang sunyi disulami bunyi kuali, gua, Deris, Mael, Mat Topoi, Mat Karan, dan ada beberapa kutu lagi gua tak ingat, tengah lepak berborak satu table di kedai makan mamak Nashmir sambil layan WWE. Dalam embun yang semakin galak, datang seorang perempuan duduk di depan table kami. tiba-tiba Mat Karan tepuk peha gua.

"midon,lawa midon!"katanya.

gua pun terus lah usha.alamak.lain macam la.gua cakap kat lu.muka memang bidadari syurga. merengek2 burung si kawan dibuatnya.putih.mata dia memang menawan. tak terkelip pulak mata gua tengok.

gua terus tanya namanya.sedap.memang sedap.Julia nama diberi. perrrghhh.

"camna ni midon?" deris tanya gua.

sambil tersengeh kucing gua cakap kat julia "boleh join tak sayang".

jap lagi Julia cakap ape lu tahu.

Nakal nya awak ni. hehe itu mestilah boleh". sambil bulunya naik keatas dengan suara paling lembut dan sopan.

tiada kecacatan.tak tahulah kalau ketiak dia masam ke kan.

tapi,meremang bulu tengkuk gua.bergegar bulu ketiak.nak aja gua cium mulot dia.

Deris sebagai kepala kutu memperkenalkan line-up lepak kepada Julia seorang demi seorang sehinggalah sampai ke giliran Gua. Gua sedikit berdebar. Tapi Gua tak tunjuk.

"Yang ni pula,Hamidon..." kata Deris lemah lembut sambil menunjukkan ibu jarinya dengan sopan ke susuk tubuh Gua yang mantap.

"Owwwhhh... Hamidon? Comel!" balas Julia girang. Mata bertentang mata. Mael cuit kepala lutut gua. Perbuatan Mael menyebabkan Gua terus memberhentikan wajah sweet gua.

"Teh tarik satu lagi!" Gua order air dengan gaya kucing yang tegas.

Selepas peristiwa itu..bla..bla..bla..bla..bla..Gua dan Julia pun berkahwin. begitulah kisahnya...


" Perggghhh!! power gak Lu ea Midon ." jawab Gua.

" Biasa lah gua kan hensem ." balas Midon.

" Cilakak !! takbor. " jawab gua sambil mencampak Midon ke tempat asalnya kembali.

5.12.10

TANGGA

tangga,tangga,tangga.
naik turun,naik turun.
apa pulak beza naik dan apa beza turun?

senang je,dua dua tiada beza.
sebab dua dua melibatkan tangga belakang gua ni.
perasan atau tidak,naik dan turun kena guna tangga.
bila dia atas,semua rasa dia yang bagus.
yang di bawah pulak anggap diri mereka tertinggal.

jadi apa yang lu nak?
nak gua pukul ka?? keh keh keh*
atas atau bawah?
turun atau naik?
fikir kan lah .

gua baru perasan.
tangga boleh bezakan naik turun.
tinggi rendah.
atas bawah.

tapi gua di tengah tengah
bukan atas atau bawah
tengah tengah

En. Rahman


"BESAR" juga masalah Encik Rahman ni ye dok??

Kah kah kah!

PBA

naratu

kalau ada yang cakap kau belagak

apa kau rase?
kalau aku,biar kan saja omongan tu
tak terjejas pon air muka aku
dengan coretan busuk mereka
pergi jahanam muka kau
aku tak perlu kan komentar engkau
pergi cermin muka busuk engkau
dekat cermin rata di dinding tu
cermin elok elok siapa engkau
tak layak engkau lontarkan
ayat bisa kau pada aku
kerna
engkau pon same
same sahaja
pukimak engkau
babi anjing
berani engkau
mengata aku

*tiada kena mengena dengan sesiapa


si polan* nie gua bagi kat lu
layan screamo jap~

3.12.10

GAMPANG

Pagi tadi cuaca sangat baik. Matahari berselindung di sebalik awan. Burung berterbangan sambil menyanyi lagu tiga kupang. Ular sawa berkawan baik dengan ayam dan menolong ayam mencari jarum emas. Gua menggeliat di pintu dapur. Hamidon dan Julia masih lagi mengawan. Dua tiga ekor tupai mengangkat tangan tanda hormat. Gua senyum nipis. Tiba-tiba jiran sebelah rumah gua panggil gua.

" wiee, wie " nama manja gua diseru

" ada apa ni panggil gua? "

" Tiap-tiap hari gua nampak lu dekat rumah skang, ( padahal sebelum nie gua mmg ada ja kat rumah ). Lu tengah cuti apa skang? " tanya jiran gua dengan tegas.

" Gua tengah cuti summer skang, panas sangat kat ipoh tuh. besok lusa nanti convo la. Lu apa taw. " jawab gua dengan sinis.

* Gua sempat elak libasan kaki kiri kanan ong bak 3

2.12.10

Midon & Julia


Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak. bulu macam mana pun tak kesah janji yang ada bulu dan normal seperti kucing-kucing yang lain. dimana ada bulu disitu la tempatnya berbulu.

- wikipedia -

Gua cuma nak bagitau, ada 2 ekor kucing cute menetap dirumah gua sekarang. Hamidon dan Julia namanya. hak3


1.12.10

Hello World!


“Hello world, hope you're listenin'. Forgive me if I'm young, for speaking out of turn

I get lost in the beauty of everything I see. The world ain't half as bad as they paint it to be.

If all the sons, all the daughters stopped to take it in, well hopefully the hate subsides and the love can begin.

It might start now, well maybe I'm just dreaming out loud. until then.. “

One Republic – Come Home

Paling Sedap

Jam dah pukul 3 pagi. Gua tak tidur lagi. Apa cerita tidur awal? Bukannya gua orang berkerjaya pun.

Nak dijadikan cerita, sekarang ni baru lepas hujan. Angin sejuk. Dia punya sejuk memang juara sejuk. Boleh sangat kalau setakat nak mohon jadi tuan rumah olimpik musim sejuk.

Tapi gua tengah cari ilham nak update blog. Jadinya gua tak tidur lagi. gua tgok mmber2 gua smua ligat rancak meng' update blog masing2..hikhik best tgok blog2 smua, maafla kalau tak berkesempatan nak memberi komen. neway cerita smua hangat hangat belaka..best2~ gua tumpang gembira.
so gua duduk depan laptop. Menaip. Mata memang padu dia punya rabak. dari apa yang gua lihat rupa2 nya ada jgak yang tak suka tgok gua bekarya cer merepek mrapu meraban... PATAH SELERA~ takpa laah gua tak mengejar populariti.. psanan padu untuk warga2 sekalian..macam nie...Kalau lu rasa rambut pendek itu ensem, tak payah la simpan.kalau lu rasa seluar koyak itu selesa, tak payah la pakai kain pelikat. kalau lu lancar sangat berbahasa sepanyol, lain hari pun boleh sembang bahasa sendiri. kalau lu rasa naik moto dah style, lu beli je helmet untuk si dia. & kalau lu rasa lu tulis blog, lu nampak cool. lu tulis lah blog, tak payah nak private2 wall kasi hidden fb tu ok? jadi diri sendiri. kalau gadis2 nak kita. ambik!. tak NAK sudah.
hidup segan mati tak mau orang cakap.. xkesah ape kan..

dan orang gyle kata plak.. kehilangan otak, anjing pun boleh menari?? betol ke?? aihh~ lu peker la sendiri..mata da nak rabak gyle nie..merepek sudahh..
Banyak sangat perkara yang gua tengah fikir. Berselirat otak. Mahathir pun gua ingat tengah sedap tidur masa ni. peker untuk masa depan.

Tiba-tiba gua dapat satu akal baik punya. Gua baring sepam. Sepam punya sepam punyer sepam....

Peh..!! Kalau gua tahu macam ini dia punya sedap tadi..


Notakaki : Gua sebenarnya sibuk sikit sekarang. Banyak kerja macam orang kerja pegawai.