1.10.10

Sense

kalau saya nak
mesti saya tak dapat
tak kan pernah dapat

kalau saya perlukan
mesti yang lain tak ada
tak ada untuk saya

kalau saya rasa
mesti ada yang tak kena
tak pula tahu kenapa

kalau anda berada di tempat saya
anda pasti merasa muak dan lemas
tapi ini hakikat hidup saya
saya sudah hampir dua puluh
dua puluh merasa ini semua

kalau anda mahu cuba rasa
jangan sesekali anda cuba
kerna cubaan ini pasti sakit

saya sudah biasa jalani ini
jalani ini semua seorang diri
seorang dan sentiasa sendiri

kalau saya dapat ubah
pasti saya mahu
melihat awan biru
yang benar benar biru
tanpa tempias cahaya mentari
dan panahan sinaran terik itu

sumpah saya perlukan sesuatu
untuk bercakap
dan meluah
dan kemudian tersenyum

kalau lah saya boleh..
saya rindu kawan.

No comments:

Post a Comment