30.10.10

Batman Dan Ultraman

Ini bukan cerita puteri gunung ledang atau laila majnun,ini cuma cerita sekerat tentang batman dan ultraman. Dua signifikan sama yang berbeza cara dan gaya. Dua signifikan yang memang tak boleh aku pisahkan. Walau dengan paksaan atau halangan. Bukan salah batman yang cuba masuk dalam hidup ultraman,tetapi salah ultraman yang senyum tiap kali batman hadir dengan gurauan. Ultraman bukan berpura-pura senyum,tapi itu hakikat sebenar perasaan ultraman. Yang selalu senyum, girang dan ketawa. dan disebalik snyuman ketawa itu, ultramen terpaksa berlawan hancurkan raksasa2 yang sering menganggu hidup2 ultraman di kala gembira. Sepuluh enam menjadi titik pertemuan dua signifikan ini, bila ultraman pertama kali bertemu batman. Hati rasa kaku. Diam bisu. Darah sejuk. Teruskan juga apa yang jadi. Kalau diberi pilihan selepas apa yang terjadi, akan ultraman undur waktu dan kata tidak pada pertemuan itu. Biar ultraman tak senyum sekarang asal ultraman takkan dapat senyum selamanya. Ultraman rasa sesuatu pada batman. Tapi itu suatu yang fatal. mungkin kah akan berlaku kata batman. Kau lain dan aku lain..seperti berbeza. Itu kata batman. Ultraman kesal dengan perasaan sendiri dan anggap itu tak adil. Ultramen terus menyepi walau pada hakikat Batman juga rasa perkara yang sama. Batman juga rasa. Itu bukan palsu. Itu realiti perasaan. Kalau tipu akan sakit. Batman seperti bulan, Ultraman pula seperti bintang. Bulan berada di dalam bintang. Bulan takkan dapat lepas daripada lima bucu bintang. Takkan pernah dapat. Bulan akan sinar bintang, kemudian bintang gemerlapan. Jelas bintang bersinar kerana bulan. Bukan kerana diri sendiri. Ultraman akan terus simpan rasa nya pada batman selama lama nya. Kerna batman pernah sinari bintang sang ultraman. Walau sistem alam bertukar atau tunggang terbalik,batman tetap bulan di mata ultraman. Rasa yang ada,takkan dapat di padam. Akan terus wujud selagi neuron masih bergerak,nadi masih berdenyut.

*Batman ! Terima kasih,aku berhutang kasih dengan engkau ! Terima kasih lahirkan perasaan ini ! mungkin aku akan kembali pudar selepas ini..

No comments:

Post a Comment