17.11.10

MURAD



Petang semalam gua ke masjid melawat Murad. Lama juga gua tak jumpa Murad ni sejak dia pindah ke kandang lain. Akhir sekali gua jumpa 2 tahun lepas agaknya, sempat la jugak pekena roti canai sama teh tarik.


"Abe, oghe takut ni nok keno sombolih. Kawe tokse la gini..kawe tokse!!.. " belum sempat gua duduk, Murad dah buka mulut.

Gua senyum nipis perhati Murad

"Natang mu..jangan nok ngado-ngado" balas gua tegas

"Kawe memang natang pun, bodoh!" balas Murad sinis

"Cilake mu!!..menjawap yo" balas gua sambil acu pisau rembo kat leher Murad.




murad asal kelantan, masih bujang

*selamat Hari Raya Aidil Adha

2 comments:

Anonymous said...

bujang tp nak kene korban..huhu

Atieshu said...

Kalau tak merepek tak boleh ye ?? :P

Post a Comment