18.11.10

I Know

aku adalah aku
aku tak punyai apa
aku tak seperti lain
aku bukan nak lebih

aku bukan nak itu
aku bukan nak ini
aku cuma mahu satu
satu yang berharga
kini kian hilang dari genggam
tidak jauh dari pandangan
apa perlu aku ungkapkan
jikalau telinga nya mengunci
kalau mata nya lari ke sana
pabila wajah nya berpaling lagi..
aku manusia biasa
bukan robot ciptaan manusia
aku di cipta Nya
aku bersyukur dengan segala
yang ada dalam diri aku..
sekarang ini dia lain
dia tak seperti hari2 semalam
kenapa jadi begini?
adakah dia akan berubah?
aku takut
sangat takut
takut terjatuh sekali lagi
sumpah aku takut
aku sayang & rindukannya
jika aku perlu menangis
aku akan menangis
tapi kini
air mata sudah habis
jika perlu hiba
aku kan berhiba
tapi kini
sudah lelah ku hiba..
tidak perlu ada rasa, jika tidak ada selera
tidak perlu ada kasih jika tidak ada cinta
tidak perlu ada harapan , jika tidak ada keinginan
aku masih meneruskan
tuhan,
peliharalah dia
hanya kau tahu
hati dan perasaan ini
selamatkan lah dia

semoga dia bahagia..

notauntukkekasihhatiku

No comments:

Post a Comment