27.1.11

Apsal nak Geli dengan Bundle

Tidaklah tidak tidak kudayaaaaa.....ok terus terang gua sekarang dah bankrap idea untuk entry kali nie..

first of all..just wanna to say..life is unpredictable beb...whats goes up must come down..its the irony of life..when it comes too hardly, nobody gets out alive....haha holding on..

orait kali nie gua nak cer pasal gambar kat bawah nie..

Bundle
Apa itu bundle? okay gua bukan pakar bahasa ataupun sasterawan negara nak huraikan apa maksud bundle. Tapi menurut kotak pemahaman gua, bundle atau pakaian bundle ini adalah pakaian pakaian yang terpakai. Bundle biasanya dijual dengan harga yang murah. Sangat murah. Gua mengaku yang gua pun seorang daripada pengguna tegar bundle. Bundle sudah lama bertapak di tanah malaya ini. Sebab masa zaman kecik kecik gua, Uncle gua ada pernah cakap tentang ini ayat; bundle. So benda nie da lama, sejak gua kecil lagi. itu hanya andaian semata mata. Jangan lu orang percaya fakta gua. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bundle, lu orang Google lah sendiri okay.

Remaja lah yang paling berebut kalau cakap pasal bundle. Tiap minggu singgah. Takut takut ada stok baru sampai. Stok bundle tak macam stok butik mahal dekat shopping complex sana. Tak dapat lah lu orang nak pakai baju/seluar sama sebab bundle punya kuantiti untuk salah satu barangan, sangat terhad. Rare orang putih cakap. Kalau dapat beli yang betul betul best, memang puas hati. gua pernah rasa.

OK..Jangan lu orang luar sana salah anggap yang bundle ini tak cool. Lu silap besar. Kebanyakan bundle diimport dari negara luar macam UK, US, Korea, Jepun dan lain lain.Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Ini yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. boleh jumpa pakaian itu siap dengan tagging lagi. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai. Ambil perhatian ayat sebelum ini.

Kepada mereka yang tak pernah atau tak minat pakaian bundle mesti berasa pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. Sampai ada pula yang tergedik geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. Terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. Apa yang cool tentang pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. Kualiti kain dan printing memang la bagus. Bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. Jenama-jenama besar seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. Kalau display kat kedai tu, memang tak lama. Sekejap nanti ada peminat dia datang beli. So sepantas kilat kena cepat cepat booking kalu berminat..yer gua tahu sekarang semua barang2 ikut arus fesyen dan kemodenan..semua mesti nak kuliti baguS, tapi takat barangan jenama macam boutiq, Topman, Quicksilver bla..bla.. smua tuu gua tak heran le.. sebab semua tuu kena lihat pada yang si pemakai jugak.. kalau beli baju yang da macam rabak tak cukup kain sapa laa yang nak tengok kan? satu hapak pon tak jadi..asalkan pakaian itu sesuai n selesa bagi korang..so its serve..
terpulanglaa..

ok2 skrang orang luar sana. Mari gua terangkan sikit tentang maksud kotor yang lu orang semua kata. semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. Sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil "bau bundle". Bau bahan kimia yang digunakan tu. Dan sudah banyak dah pun kedai bundle yang basuh pakaian bundle ni sebelum dijual. Pelanggan yang datang pun akan rasa lebih selesa kerana pakaian-pakaian ini semua telah bersih dan tidak berbau.


Kenapa geli dengan bundle? Satu bahagi satu jawapannya tetap satu.

1 comment:

Anonymous said...

ayat nak kencang kan. eeeee

Post a Comment