23.1.11

Hari Minggu

Hari minggu adalah hari yang sungguh riang dan mengasyikkan. Burung burung berkicauan, sang suria muncul mempesonakan, udara nyaman yang menyegarkan dan yang penting tiada tekanan untuk memenuhi jadual hari ini. Bebas untuk ke mana mana, bebas untuk bangun pukul berapa, bebas nak makan kat kedai atau masak sendiri, bebas untuk baring baring menonton rancangan kegemaran dan pelbagai acara bebas lagi. Tapi bukan setiap hari adalah hari minggu.

Apabila senja menjelang, suasana kelihatan suram. Seperti dunia akan berakhir. Riang dan mengasyikkan seperti melambai lambai mengucapkan selamat tinggal. Diri terasa seperti kehilangan kekasih. Tekanan muncul dan menekan nekan jiwa. Apatah lagi jiwa pemuda macam gua.. pada gua.. belajar ke tak belajar, itu ikut ati masing masing. belajar adalah tekanan yang tak dapat diduga. Belajar telah membelenggu hidup. Belajar telah membuang erti perkataan bebas. Belajar memang palat. Oleh itu kawan kawan, jangan belajar terlalu serius. Sampai time balik, balik le. Tak payah laa nak bermesra mesra pulak. enjoy enjoy.Rasa rasa nak cuti,cuti. Rasa rasa malas, tak payah datang. Rasa rasa nak sambung, sambung. Tak nak sambung sudah..Kita yang kerjakan belajar. Bukan belajar yang kerjakan kita..Tapi kalau dah seronok dengan belajar tu, hah belajar je elok elok.

merepek merapu lagi meraban

No comments:

Post a Comment