21.1.11

Muzik 8-Bit buat kita joget


okey kali nie gua nak kongsi sket..Entri kali ini berbunyi irama muzik chiptunes yang bukan setakat berkembang, malah makin dikenali di Malaysia. Mesti ramai yang menggaru kepala bertanya tentang apakah itu muzik chiptunes. Gua percaya ramai di antara lu yang tak pernah dengar pun muzik chiptunes ni. Kalau ada pun yang pernah dengar, mungkin jumpahnya tak begitu ramai berbanding mereka yang mendengar muzik pop, rock dan sebagainya. Chiptunes muzik berbeza daripada muzik muzik yang telah wujud selama ini. okay Ia sangat unik!

Chiptunes adalah satu genre muzik boleh di katakan agak baru di Malaysia. Ya, chiptunes itu sebenarnya adalah salah satu kategori genre muzik. Ada juga yang memanggil chiptunes dengan nama 8-bit music. Ia bukan seperti elektronik atau trance. Ia menggunakan bunyi bit itu sendiri. Senang cakap genre muzik ni menggunakan visual dan adunan muzik daripada konsol permainan video Nintendo Gameboys,NESes dan Amigas seperti Mario Bross, Donkey Kong dan Legend of Zelda.

Ini sumber daripada Wikipedia dan gua copy paste je okay :

A chiptune, or chip music, is noise music written in sound formats where all the sounds are synthesized in realtime by a computer or video game console sound chip, instead of using sample-based synthesis. The golden age of chiptunes was the mid 1980s to early 1990s, when such sound chips were the most common method for creating music on computers. Chiptunes are closely related to video game music, which often featured chiptunes out of necessity. The term has also been recently applied to more recent compositions that attempt to recreate the chiptune sound for purely aesthetic reasons, albeit with more complex technology.

Faham? Chiptunes merupakan gabungan bunyi yang diperolehi dari cip yang terdapat pada konsol permainan video. Dulu kita seronok main Gameboy, tapi hari ini mereka yang kreatif telah jadikan ia sebagai satu sumber mencipta alunan muzik yang hebat.

Band-band chiptunes Malaysia ialah Colourama, Mikrochip No32, My Empty Battery, Moronbeat, Mikrobotmen dan Chippy Mariposa. Gua sudah dengar. lu orang bagaimana? Mengkagumkan.




p/s : Gua rindu nak men gameboy gua dulu yg da rabak sekarang..hhu

No comments:

Post a Comment