7.12.10

Kisah Cinta

Tadi sedang gua ralit melayan geng2 Facebook di hadapan laptop, Hamidon muncul entah dari mana dan ingin duduk di atas riba gua. Gua keraskan kaki dan biarkan kaki gua digesel gesel. Mata gua tetap tak berganjak memandang skrin.

"Lu buat apa ni?" tanya Hamidon mendongak memandang gua. kulu kilir seperti tiada arah tuju menunggu respon dari gua

"Buat kerja berfaedah sikit. Lu nak apa ni Midon?." tanya gua

"Gua bosan la, asyik mengulor ja. Lu nak dengar cerita tak?? " tanya Hamidon penuh semangat.

" Yelah2, cerita jelah." balas gua acuh tak acuh

" Ni cerita masa gua mula-mula jumpa Julia dulu ". Ceritanya bermula.....


Di awal pagi yang sunyi disulami bunyi kuali, gua, Deris, Mael, Mat Topoi, Mat Karan, dan ada beberapa kutu lagi gua tak ingat, tengah lepak berborak satu table di kedai makan mamak Nashmir sambil layan WWE. Dalam embun yang semakin galak, datang seorang perempuan duduk di depan table kami. tiba-tiba Mat Karan tepuk peha gua.

"midon,lawa midon!"katanya.

gua pun terus lah usha.alamak.lain macam la.gua cakap kat lu.muka memang bidadari syurga. merengek2 burung si kawan dibuatnya.putih.mata dia memang menawan. tak terkelip pulak mata gua tengok.

gua terus tanya namanya.sedap.memang sedap.Julia nama diberi. perrrghhh.

"camna ni midon?" deris tanya gua.

sambil tersengeh kucing gua cakap kat julia "boleh join tak sayang".

jap lagi Julia cakap ape lu tahu.

Nakal nya awak ni. hehe itu mestilah boleh". sambil bulunya naik keatas dengan suara paling lembut dan sopan.

tiada kecacatan.tak tahulah kalau ketiak dia masam ke kan.

tapi,meremang bulu tengkuk gua.bergegar bulu ketiak.nak aja gua cium mulot dia.

Deris sebagai kepala kutu memperkenalkan line-up lepak kepada Julia seorang demi seorang sehinggalah sampai ke giliran Gua. Gua sedikit berdebar. Tapi Gua tak tunjuk.

"Yang ni pula,Hamidon..." kata Deris lemah lembut sambil menunjukkan ibu jarinya dengan sopan ke susuk tubuh Gua yang mantap.

"Owwwhhh... Hamidon? Comel!" balas Julia girang. Mata bertentang mata. Mael cuit kepala lutut gua. Perbuatan Mael menyebabkan Gua terus memberhentikan wajah sweet gua.

"Teh tarik satu lagi!" Gua order air dengan gaya kucing yang tegas.

Selepas peristiwa itu..bla..bla..bla..bla..bla..Gua dan Julia pun berkahwin. begitulah kisahnya...


" Perggghhh!! power gak Lu ea Midon ." jawab Gua.

" Biasa lah gua kan hensem ." balas Midon.

" Cilakak !! takbor. " jawab gua sambil mencampak Midon ke tempat asalnya kembali.

No comments:

Post a Comment