26.2.10

hitam dan putih

apa beza tinggi darjat
seseorang manusia itupun.
tiap-tiapnya akan merasa.
merasa kuatnya kuasa.
kuasa cinta.

tiapnya ada kisah.
hari - hari ada kisahnya.
bukan bermegah.
cuma terasa hari ini
seperti harinya kisah gua
diterbitkan.

hari isnin,
hari pertama gua kenal apa makna itu cinta.
mereke bilang cinta pertama sukar dilupakan.
mereka tak menipu.
kerana hingga hari ini pun hati gua
ada untuknya biar secebis.
berkaca mata, sepertinya dia tidak melihat gua.
gua gelap dalam pandangannya.
lalu untuk dia, memilih rakan gua sendiri.
yang lebih kacak tampan sasa.
gua biarkan.

hari selasa.
gua ingat lagi, baru selesai pmr.
kali ini rakan sekelas gua.
gua punya segan dengan dia lain macam.
kata monyet, itu cinta.
gua pasang umpan, tak kena!
kurus dia, selekeh gua.
bagai langit dan bumi.
tapi, tiba - tiba.
ada angin khabarkan lalu pada telinga.
oi, cinta kau kapel dengan budak lain.
budak lain, kawan gua jugak.
alamak, buat hal.
gua biarkan.

hari rabu.
gua belayar atas kapal.
sengaja ingin merasa udara bergaram.
kemudian tuhan jumpakan gua dengan seorangnya.
yang sungguh buat gua mabuk laut.
rambut macam mak gua - itu yang mahal.
mata dia, innershine habis.
gua bagi epal.
bahagianya setahun.
kemudian mudah dia lepaskan gua
dari kapal.
katanya xnak kapal nak submarine.
gua biarkan.

hari khamis.
datang pula seekor kucing.
comel dia, buat gua nak gentel je.
mahal weh kucing ini.
lari bebulan gua nak kejar dia.
tercungap.
dah cuba dapat, gua belai gua mandikan.
dia susukan.
tapi itulah, kucing ini hanya mahu penjaganya
ketika lapar.
dah kenyang, semua kisah
dia ingin lupakan.
macam dia nak
gua tak cukup hensem ke?
gua biarkan.

hari jumaat.
pun ada awek cun.
tinggalnya dia ditinggalkan terkapai.
gua sambut dia.
senyum dia, buat gua gila.
terasa lama gua bersama.
kemudian, hero lama dia datang kembali.
menuai kenangan lama.
berlalulah ia dengan pelbagai asalan.
gua tanpa penyesalan,
gua biarkan.

malang kan gua.

hari sabtu.
erk hari cuti.
terlalu awal kami terjumpa.
gua xda perasaan ape pun
gua hanya ingin ditemani
gua lepaskan segalanya
gua cba mgganggapnya kawan semata
tapi dia kejar gua
matahari pun belum terbit.
mungkin gua terlalu kosong,
gua tidak dapat menerimanya.
maaf,
kata orang kalau dah kasut dikaki
bukan dikepala.
gua lepaskan.
gua biarkan.

hari ahad.
gua bersujud kerana terlalu percaya
hari ini yang akan mengubah rumah gua.
ubah udara gua, ubat sakit gua.
perkenalan yang tak disangka
pertama kali bertentang mata,buat gua tak keruan.
ibarat kain putih yg suci
usianya setahun lebih tua dari gua.
percaya hidup mati gua dia jaga.
gua suka sama dia
gua harap dia boleh bimbing gua
tapi itulah.
sayang setengah jalan.
dia pun terpaksa berlalu.
fikir gua, dia sudah pandai berdikari
biar usia dia melangkau jauh pun.
jodohnya ibu bapa sendiri tentukan.
gua tak perfect bagi dia
gua ingatkan dia
gua tetap kawan dia
gua biarkan.
sobbss..

ahh. cukup seminggu kisah gua.
penat betul
macam-macam gua belajar dan diajar serta mengajar.
sekarang biarlah minggu baru menentukan.
entah kisah apa pula isnin minggu depan.
hahahaha.




p/s: cerita ini adalah Rekaan Semata-mata, tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..sekiann






No comments:

Post a Comment