3.8.10

Kenapa Ikut Aku?



seperti kebiasaan hari hari sudah.sering saja ada yang mengekori.selalu hadir dalam hidup aku.tapi aku benci kehadiran dia.entah kenapa,aku sendiri pun tak ada idea untuk terangkan,ini kan pula membuka mulut bercerita satu per satu.dah lah hitam legam.muka pon kurang jelas.pernah juga aku perhati.tapi masih kurang gambaran nya.

pernah aku mengadu pada teman teman.kata aku ada yang mengekori ku.aku tak risau.sebab aku jenis jantina hebat.lelaki la katakan.tapi tak pula aku punya badan yang berketul sana.berketul sini.aku biasa biasa saja.tak sehensem adflin shauki yand diminati ramai tu.tapi aku terima.dah takdir tuhan.tapi masih ada yang suka :)

takut aku melihat belakang.kadang kadang tak serta merta dia muncul belakang aku.terkejut juga kadang kadang.cuba tarik nafas panjang.melihat sekeliling.dia tak ada.nasib baik aku kali ini.meneruskan perjalanan menuju ke puncak.ini macam rancangan realiti televisi pula,akademi konon.bagus lah sangat.benci aku kalau telivisi di rumah melaungkan irama pelajar realiti itu.tutup telinga dengan kapas saja lah.

aku sudah cakap.tapi mereka semua ketawakan aku.pernah juga aku tunjukkan jari tengah kepada si bodoh yang mengekori ku itu.tapi sia sia saja makian secara kasar aku itu.diam tak terkata saja.macam tunggul.tapi hitam.apa saja lah dia ni.ikut aku saja kerja nya.tak punya kerja lain agaknya.aku menghembus.

lampu di tutup.dia tak kelihatan pula kali ini.mungkin dia seorang yang takutkan gelap.dalam hati aku ketawa terbahak bahak.kecut juga mamat ni dengan gelap.lari terus lintang pukang tak nampak batang hidung.baru terasa nak ajak dia tidur sama sebelah aku.dah dia lari tak ke mana arah tuju.masa sudah lewat.perlu tidur.esok sambung semula apa yang terbengkalai.penat nya dunia ni,keluh aku.diam.tidur.

mata dibuka pagi hari.ah! kenapa kau masih ada lagi.aku fikir kau sudah lari dari malam semalam.andaian aku terpesong kah? pedulilah apa yang nak jadi.kau ikut lah aku.malas nak fikir.tapi kalau mandi pun kau masih nak ikut aku,itu sudah melampau.demi tak membenarkan dia melihat tubuh seksiku ku ini.tiada pilihan lain.tutup suis lampu dan biarkan keadaan gelap gelita.kan sudah aku kata.dia penakut.gelap pun nak takut.rumah aku tak ada hantu lah bodoh.

mengorak langkah sambil membaca risalah di tangan.bosan gila baca risalah.tak cool kata orang putih.aku nak baca naskah majalah ROTTW.tapi mahal.tujuh ringgit harga semenanjung.tak mampu aku.lagipun bulan ini sudah ku baca habis sempurna dari halaman satu hingga kulit naskah.itu pun ulang ulang kali baca.tak ada masa.da kerja laa katakan.praktikal plak dekat company programming..perlu baca banyak buku lain.komputer lah.aturcara Coding lah.itu lah.ini lah.macam macam buku mengarut apa entah semua perlu di baca.

ada atau tak dia ni.bisik aku dalam hati.tak ada aku rasa.panas terik macam ini.tak mungkin dia nak ikut aku jalan.memang kerja gila lah kalau dia buat.aku terbahak bahak ketawa tak sudah.eh eh,dia ada di sana.aku fikir tak ada.di sana rupanya engkau.sebelah kiri belakang kau sembunyi ya.selalu kau ikut sebelah kanan aku.pelik lah kau ni.mesti kau elak panas kan.tak senonoh lah kau ni.

kali ini.aku rasa nak uji dia.kita lumba lari nak.hahaha.aku terbahak lagi sekali.mungkin dia tak tarat lah.lepas lintas jalan ini,aku nak pecut macam Asaffa Powell.entah lah siapa nama pelari tu.boleh ke dia kejar.satu dua tiga,GO!pantas langkah aku berlari.gagah perkasa rasa nya di tepi jalan raya.terasa mat rempit jalanan pula berkeadaan beratus ratus kilometer sejam.bahaya juga kalau kemalangan ni.aku bukan nya pakai topi keledar.perlahan langkah.penat.terhenti langkah kali ini.menghembus nafas panjang.


laju juga mamat ni memecut.daripada awal aku lari.sampai sekarang.sama sahaja kedudukan engkau.tak berganjak.dulu kau atlet sekolah juga kah?hebat sungguh engkau.penat lah aku.biarlah kau ikut aku.lagipun.aku tak ada kawan sangat pun.tapi kau bisu ke?aku tanya kau tak menjawab.

malam ini aku nak ajak dia tidur sama.sekali dengan makhluk pelik ber-antena dan bermata tiga.aku siapkan tempat untuk dia tidur.sebelah aku.selimut pun sudah ada.mari kita tidur wahai si budak hitam.ku capai suis lampu.satu tekanan saja gelap sudah suasana bilik.ku pandang belakang.tiada sudah si hitam.penat saja aku siapkan tempat untuk dia tidur.tadi macam setuju nak tidur sama aku.mungkin dia malu.tak mengapalah.esok kita jumpa lagi wahai si budak hitam.selamat malam!


notaselamatmalamuntuksibudakhitam


dimana kamu?

No comments:

Post a Comment