28.9.10

My-Partners

cukup nampaknya untuk gua salirkan kesedihan dalam benak hati gua ini. hari ni gua jadi MAt Jiwa. gua tulus, gua sedar, setiap orang masing2 mempunyai takdir diri serta masalah masing2..siapa laa manusia ini, siapa laa insan ini, siapa laa jiwa ini?? kemana kah arah tuju cita2 ini..kalau tak bukan hanya laahh untuk meruskan perjuangan pada hari2 mendatang, manusia tetap manusia.. walaupn gua nak sangat jadi altromen.. tapi altromen pn ada tanggjwab yg lebeh berat demi mnjaga ank bini mreka..
sejenak gua terpeker...pasti menyentuh hari2 normal gua. Masa itu terlalu singkat.. masa itu dengki sama gua..Masa itu merajuk kat gua ke?? masaaaa oh masaa.......tolong laaaaa...
gua tak nak dipermain-main kan.. gua tak nak kerugian kerana membuang masa.. gua takkan menyesal.. demi masa gua sanggup mengisi dan mengharungi jalan liku2 gua demi masa bersama.. itu gua cuba.. gua sabar.. tapi untuk bersama mu bermacam2 dugaan yg perlu gua tempuhi.. saat dimana gua tempuh, setiap minit dan jam berlalu.. setiap hari gua cuba melihat bulan dan bintang.. setiap tahun setiap abad...feeling gua tetap sama.. pening*
oleh itu..
Masa.. kerana sudah tiba masanya. membawa memori bersama. 3 bln gua hidup ditemani masa. yup.. iaitu masa bersama2 keluarga gua (My-partners) company Li* masa itu membina gua sentiasa menjadi orang berbeza pada hari ini. pengalaman yang memang tiada dapat gua kutip di mana2. yang setiap padatnya membawa keganjalan, kepenatan tapi pada akhirnya hari ini ia tetap memberi senyuman mahupun hadiahkan gelak ketawa. ianya adalah satu keluarga yang sangat menggembirakan..gua tau.. gua cuba untuk menjadi sebahagian darinya..gua sedar.. gua minta maaf sekiranya gua tidak mnyumbangkan apa2.. peduli ape bidang masing2.gua tahu apa yang gua mampu buat..gua belajar.. gua cuba semuanya yang terbaik..gua tak nak mnyusahkan keluarga ... gua tak pernah menyesal berada disana....malah gua berharap sangat gua dapat terus bersama2 dengan keluarga... berikanlahh gua sedikit masa.. gua melihat disana..itu hidup gua. lumrah manusia xpernah lari dari mlakukan kesilapan..msalahnya..gua suka berlari..keadaan yg memaksa gua berlari2.. masam pahit hidup gua itu semua bersebab, ada pun gua tak suka, dibenci, dihina..biarlaa org nak berkata apa..biarlah tuhan saja yang tahu. gua tak nak ungkit apa2.. bagi gua tuhan yang mencipta segala galanya....tuhan laa yang mencipta masa2 itu... baik buruk sesuatu itu semuanya telah ditentukan oleh tuhan..Allah swt.

msing2.ada hak. tak kiralaa baik atau buruk.kalau kita buat pahala kita di syurga . kalau buat dosa kita dineraka. senang kn?.. ok cukup! gua pun xnak ckp byk nak bgi ceramah kt lu orang..gua sedar gua pun tak layak ckp bnda2 nie.. tp gua beranikan diri.. gua xnak terpesong selama2nya..gua da muak ayt nie, so pandai2 la msing2 cari..tnggung laa sendiri..
dan seperti mana masa itu berlalu gua mgimbas kembali msa2 ketika bersama....gua sedeh bila terpaksa meninggalkan keluarga disana, namun..
memori itu masih menanti.. bukan apa, mgkin lepas ini kita tidak akan bertemunya lagi..tapi bukan itu yang gua harapkan..marilah saling ingat mengingati. kita semua bukan lama lagi. meniti hari2, kelak izrail datang mencari..moga kalian bersabar dan gah menentang ujian2 illahi. dengan ini gua ingin memohon maaf dan berterima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberi. ketawa, senyum manis, or nakal2 gua jgnlaa ter amek ati..pengalaman ini akan gua simpan sehingga gua kembali bertemu kalian. terima kasih.. semoga kita berjumpa kmbali.touching abes..sobs
salam.

bila tiba waktunya.
untuk saya.
berkongsi perkataan.
tutur kata.
untuk kamu semua.

sesekali.
melihat kalian.
menulis.
aku teruja.
masing punya kerjaya.
tujuan.buruan.

aku.
menulis.
bukan ditulis.
menerima.
memberi.
untuk kamu semua.

kita.
bersama.
terus.
di bahagian kiri.
mahupun kanan.
dengan pandangan.

ceria bersama
ini.ini.ini.ini.
selamanya





p/s- love my-partners..tq peace

27.9.10

bulan bintang

hai sang bintang di atas sana
malam ini kau tak bersinar terang
apa pula yang tak kena malam ini sang bintang?
sang bintang rindukan sang bulan ya?
sang bintang kelihatan muram dan kesam saja
tiada germalapan di malam malam lepas
mana pula sang bulan pergi wahai sang bintang?
hari yang lepas baru saja ia megah bercahaya
bulat dan terang kelihatan ia dari bawah sini
bukan kah kamu berdua teman rapat dan akrab
tidak mungkin sang bintang tak tahu mana sang bulan

sang bintang berkata : dia ada di hati aku

-aweysca-

p/s : selamat malam

26.9.10

AbeWey jawab semua..!





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Melaporkan daripada Jenderam Hilir, saya bersama AbeWey, seorang pelajar di kolej Mara terkemuka di Malaysia.


sewaktu mengemukakan belanjawan negara 2008


HI : wartawan
AW : Abewey

HI : terima kasih karena sudi bersama saya pada pagi ini ye Abewey
AW : ohh..sama2 En. Hawis Ishar.saya merupakan peminat tulisan anda di blog anda.

HI : AbeWey, kita mulakan dengan soalan yang mudah.berapa 5+5?
AW : ahaa.memang mudah..jawapan nya.err.*muka berkerut* yaa.10.yup.10 ringgit.

HI : anda merupakan Pelajar dari mana dan mengambil kursus apa?
AW : saya merupakan pelajar Poly-Tech Mara Internazionale Campus Ipoh dan mengambil program Diploma Multimedia (Multi) atau singkatannya..emm DIP kot.

HI : err..AbeWey, sebelum tu.. baju?
AW : Ohhh!! maaf..maaf.. saya tak perasan yang hari nie ada sesi soal jawab, er baju kanak2 je ni..baru perasan. kantoi* carryon je lah

HI : ok2..sudah berkonvo kah anda?
AW : ye saya belum berkonvo lagi, masih menuntut mencari ilmu dan sekarang merupakan last sem saya (Li) dikolej dan.. saya nak tambah lagi...ia adalah hari paling gembira buat saya kerana berjaya menemukan saya dengan diploma dan cinta yang hilang. *muka bangga + hepi*

HI : apakah aktiviti anda sekarang?
AW : ouh sekarang patutnya saya sudah bekerja.namun atas beberapa sebab saya tidak.dan kepada yang lain tolong jangan tanya.dah muak dengar.saya tak kerja..OKAY? *muka annoyed*

HI : menurut sumber saya,anda seorang yang terkenal dan star dalam kolej poly-tech.pada pendapat anda?
AW : famouse? *gelak* pada pendapatan saya, saya ini tak lah femes mana.cuma keadaan menjadikannya sebegitu.tapi sekurang-kurangnya saya besyukur disebabkan hal-hal sebegini bakat saya dapat dilatih dan digunakan untuk kebaikan. senyap*

HI : apakah bakat yang dimaksudkan?
AW : oh maksud saya bakat asas dalam course bidang yang saya ambil..macam2 ada..terutamanya artdesign..untuk bercakap dikhalayak ramai..sehingga hari ini, saya tidak bermasalah untuk membuat kawan di dalam kolej. saya open mind..kalau nak kawan..kawan je saya xkesah.

HI : siapakah yang mula mengesan bakat ini?
AW : oh.itu mestilah senior2 saya,dan kawan2 saya karena mereka tak putus-putus melatih saya untuk menggunakan bakat secara maksimum.segala kerja dia bagi saya buat T_T *muka nostalgia*

HI : dengar-dengar katanya AbeWey seorang yang menggunakan bakat itu untuk poyo-poyo mengacau anak-anak dara di kolej or fb lalu menggatal tak tentu pasal?
AW : muke pelik* ohh mungkin saya memang suka mengacau anak dara tetapi tak kan sekadar berkawan dan bercakap lagha tak tentu pasal dikira menggatal? bukan nya saya mengajak mereka untuk bersenggama atau pun geli-geli.ada budak yang terang-terangan ajak orang geli-geli orang tak kata apa-apa pun pasal dia.HUH.

HI : namun ada beberapa dakwaan dari beberapa lelaki mengatakan AbeWey hendak menghijack awek mereka?
AW : ouhh dakwaan itu tidak berasas.namun saya tak salahkan mereka.mungkin otak mereka letak kat celah kangkang ataupun saya terlalu kacak dan hebat sehingga mereka takut awek mereka dihijack.namun begitu ramai perempuan diluar sana yang masih tidak berpakwe yang boleh dijadikan awek.lagi pun dengan fizikal dan rupa saya ini boleh ke dapat awek? *muka bengang*

HI : anda menolak dakwaan itu?
AW : ini perkara basic dalam perhubungan lah.kalo saya ngorat pun awek anda tak nak sama jugak.jadi dari marah awek anda cakap-cakap dengan saya lagi baik anda bersyukur sebab walaupun dia cakap dengan saya, dia masih setia dengan anda.guna lah otak sikit.haisz

HI : apa pendapat anda bagi orang yang mengatakan anda gatal?
AW : mungkin mereka jeles saya kacau kawan-kawan dia tapi saya tak kacau dia.ataupun mungkin sebab saya mudah mesra.. pelik* tapi saya tak mesra dengan mereka.mungkin mereka hodoh berbanding rakan-rakan mereka jadi saya tak kacau tu yang mereka bengang.LMAO.

HI : apa komen anda untuk penuduh-penuduh ini?
AW : walaupun saya senang mesra kadang-kadang terlebih mesra, kadang-kadang stone, kadang-kadang gatal, sekurang-kurangnya saya tak pergi tabur i love u merata-rata.nak cakap (cakap*) miss u pun susah. except kalau org yang saya betol2 sayang. paling penting saya tak curang ke simpan perempuan kat belakang. kalau tak ikut nafsu nak kuar dengan perempuan berdua pun pikir banyak kali.kalau kuar dengan permpuan pun mesti ramai-ramai.mesej ke SMS lagi susah.

HI : maka nya perhubungan-perhubungan anda dengan wanita adalah..?
AW : saya nak keep ia se-professional yang boleh.sapa yang ikhlas nak berkawan i don't have any problems dan rasa tak nak kawan dah pun i don't have any problems.just don't make up some stories you've heard from bits and pieces and put it all together.and i am not gay either.

HI : apa pendapat anda tentang member2 or awek-awek yang takut boyfren marah sampai delete post kat facebook sebab ada lelaki lain komen?
AW :
jgn jadi bodo..jadi pandai..dari delete post, remove friends jek lah.baik pegi bukak WomenBook ke.kompem tak ada laki lain komen.

HI : jadi berapa ramai perempuan yang anda mesej dalam sehari?
AW : ada lah sorang.itu pun pending *muka sedih* kalau saya tak mesej,memang tak berbunyi telefon saya.

HI : bagaimana dengan cinta ye AbeWey?
AW : cukuplah sekadar saya single dan available. *bujang bahagia* lebih-lebih saya tak mau komen. *muka ketat*

HI : ciri-ciri wanita idaman?
AW : mesti ada rupa macam amoi sket, mempunyai senyuman yang lawa, manis, serta smart, kelakar, memahami dan menghormati orang tua.tapi biasalah kan..ini berangan jek nie *gelak*

HI : wow! memang cool AbeWey! akhir kata?
AW : jangan judge orang dari luaran.tak puas hati tanya depan-depan.kalo tak ada telur pun jangan lah guna anonymous formspring,sms jek "saya tak ada telur laa AbeWey" pastu tanya soalan.kan mudah.tak puas hati cakap depan-depan.kita setel macam manusia.saya tak ada masalah kalau orang nak tanya apa-apa.cuma in a mannered way lah.bagi salam.cakap elok-elok.

HI : akhir kata saya ucapkan terima kasih atas kerjasama anda.
AH : sama-sama *sengih*

25.9.10

Gua dan Hati

hati - lu pehal kawan. ada sihat tak sihat.

gua - tah lah, sihat je. tapi pening sikit kena hujan tadi.

hati - gua kenal lu luar dalam la kawan. jangan la tipu2.

gua - ingat gua tak kenal lu lah?

hati - lu rindu minah tu ke kawan?

gua - diam la. penumbuk nak?

hati - hakhakhak..

Amsterdam

Anberlin - Amsterdam

Are there no shadows where you are
I can see everything as day
Problems that you try to hide away
Pushing me aside
(You're pushing me aside)

Could the winter calm come twice
'Cause your heart seems so cold tonight
Thirst for substance somehow isn't right
It's killing me inside
(It's killing you inside)
You're killing me inside

I don't wanna be where you are
I don't wanna be here even now
I don't wanna be by your side
If something isn't right
If something isn't right

This is our last goodnight
Say what you will
Say all that you can
Words have no meaning
When I've seen where you've been

This is our last goodnight
Say what you will
Say all that you can
This is our last goodbye
This is where love ends

Are you so naive to right and wrong
How could you watch innocence forgone
Does what we've done ever really belong
It wasted me away
I feel so wasted away

God if you can hear me out all right
Please take these feelings for her inside
My chest hurts when I breathe tonight
It's wasting me away
(You're wasting me away)
They're wasting me away

I don't wanna be where you are
I don't wanna be here even now
I don't wanna be by your side
Something isn't right
Something isn't right

This is our last
(This is my last)

This is our last goodnight
Say what you will
Say all that you can
Words have no meaning
When I've seen where you've been

This our last goodnight
Say what you will
Say all that you can
This is our last goodbye
This is where love ends
(This is my last)

This is our last goodnight
Say what you will
Say all that you can
Words have no meaning
When I've seen where you've been
(This is our last)

This is our last goodnight
Say what you will
Say all that you can
This is our last goodbye
This is where love ends

p/s: sumpah! touching


24.9.10

bukan member gua

"hang tak semyang ka?"

"aku semayang ikut mood la.."

"oo, aku semayang akut imam."kata gua dengan tenang
sambil sepam 2 choki2 ke mulut.

23.9.10

I Luv You Bibeh




p/s: honestly. willingness is the gud way to be the one. It doesn't even matter how hard you try...

Plez Plez Plez Kamu Jangan Nakal.

cuba bayang brader badan sasa, perot six packs, lengan berketol-ketol
dan berparot di wajah lepas tuh ada tatu naga kat lengan
nyanyi lagu nih. Mantap!!!

*Gua ulang sekali lagi, Jangan buat gaya "plis plis plis kamu jangan nakal"
depan gua, nanti gua tumbuk,

22.9.10

Damia

bosan..
gua sedar tengok jam. baru pukul 12 malam. awal lagi, kalau kat rumah.. gua
doh meng'udang atas katil. tapi gua bukan kat rumah, gua kat rumah sepupu gua yg sangat indah lagi berbagai_____.. tang ada bau kerang rbus ja. psa tdi smua dok mencelah makan* gua pun da lali ngan bau dia. dah macam bau perfume hugo dah. tapi perfume hgo nie xleh celen ngn bedak baby johnson yang lagi putih melepak, comel lagi putih gebu kalah Nora Danish...damia* budak kecil yang memang sangat comel2 lah.. anak buah* berumur 2 tahun... sangat aktif dan suka dibelai manja.. + bakal menjadi next idola kecik thun 2020 pada msa akan datang....!
gua balik kerja smpa rumah dia pasti gua disambut dengan senyuman si kecil ini, menyahut2 memanggil nama gua.. awis2~ seperti tahu kepulangan gua pabila kedengaran bunyi moto yang selalu diparking distu mnjadi batu tugu.berkali2 nama gua dipanggil.. dan gua pasti setiap sahutannya gua balas dengan sebungkus keropok mamee kegemaran kami.. kami mngunyah makan bersama sama. hati ku tenang walaupun penat baru pulang berkerja...
damia makan mmg cepat.. sikecil ni... ini keropok akulaaa.. bahagian ko sudah kubagi kan....xcukup?
tak pe gua beli lagi satu..kali nie lebeyh byk.. 1 pack mamee gua hadiahkn. gua suka..gua kasi.. gua bgi hugs sama dia.. gua tak bosan ditemani si anak comel yang masih tak tahu apa2 tapi sudi melayani hati gua yg sepi..betol gua suka melihat dia menangis.. gua suka melihat dia marah....gua suka tengok dia merajuk meninggalkan diri....gua suka digeletek oleh damia..gua sayang damia.. gua sayang sama dia..muahhxx!!

??
bosan...
sekarangg..jam 1.00 pagi
gua berseorangan dihadapan screen lptop yg sudah berhabok2..
gua sunyi tanpa damia yg sudah lelap dibuai mimpi..
gua sepi melihat semua melelapkan mata dengan nafas kencang berdengkur2
tp gua disini maseh menunggu..

apa nak buat..
okay..
gua macam besa berlagak on9 atas meja ddk di kerusi. sambil gua layan bunyi gerudi,kren,forklift
yang tak henti2 buat bising dalam mp3. gua pun layan. macam2 telatah gua tgok.. tapi hambar....so gua start~ kadang2 gua teringat membe gua kat koleg. time nie mesti dok tengah membuta doh. sambil mengepit bantal
yang kekuningan. meleleh baray tepi katil. hmm ati gua tak tenang..

apalaa budak2 ni tengah buat sekarang??
apalaa nak jadi pada masa depan?
apalaa yg si mmok tgh pker skrang?

kira "terbaek" la time praktikal leh dok on9 main tenet lagi



.p/s: gua sayang dia*

20.9.10

bukan cikgu saya



kenapa saya sayang cikgu?

- sebab dia selalu bagi markah kasihan.
-sebab dia selalu belanja kita orang minum kat kantin.
-sebab cikgu sangat baik dan pandai mengajar
-sebab adik cikgu lawa dan comel.

kenapa cikgu sayang saya?

-saya kurang tahu.

kenapa saya tak nak jadi cikgu?

-saya bukan seorang yang mulia.
-saya kurang berkira tentang masa depan dan tenaga.
-saya amatlah memilih kerjaya.
-saya tak ada bakat nak buat lawak depan budak2

kenapa cikgu saya itu hebat?

-sebab saya pernah menghina dia.
-kerana cikgu pernah menangis kerana saya.
-saya lupa dia banyak berjasa.

kenapa dengan saya?

-saya sangat sedih
-sebab cikgu dah lain.
-dia dah calarkan hati saya.

kenapa saya sedih?

- boleh klik sini
-yang ini (klik) bawah umur jangan baca.




18.9.10

Gersang

takkan kena cakap kot..em

setiap kali aku rindukan kamu.

setiap kali aku tertunggu-tunggu kamu.

setiap kali aku mimpikan kamu.

setiap kali aku terbayang-bayangkan kamu.

setiap kali aku menikmati kamu.

setiap kali aku menyayangi kamu.

setiap kali aku bermanjakan kamu

setiap kali aku cintakan kamu.

ya, aku cuba untuk menuturkannya setiap kali.

tapi ini bukan cerita dongeng.

ini betul-betul punya.

jadi, minta maaf lah kalau tak dapat sebut 'aku cintakan kamu' 300 kali sesaat.

tapi percayalah, yang aku betul-betul sayangkan kamu.

aku tak akan lepaskan kamu sekarang.

jangan cuba nak merayu.


p/s: if you are the lights thn show me the way..

9.9.10

mintak mak kueh sepotong

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya..
Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin..dah tak ada ayat lain dah untuk gua ucap pada kalian semua..gua pun naik jelak dengan ayat status updated yang berulang2 di wall fb gua..jelak gua bukan tandanya gua bosan dengan ucapan2 yang gua tulis, tetapi kerana gua sudah tau hari yang semua nanti2 kan itu akan tiba dan berlalu seperti mana hari2 biasa yang lain..
Sambutan Hari Raya tahun nie? sudah tentu agak meriah.. kanak2 riang gembira beraya bermain meriam, makcik2 pulak sebok dengan persediaan rumah dan kueh2 raya , dan yang gua pasti lu semua mesti sudah puas bershopping sana sini membeli bju raya baru yg cantik2 tak lekang dimata mcm mmokk. Biasalaa akhir2 ramadhan semua orang pun mesti sebok dengan hal family masing2. Termasuk laa family gua. ingin gua sampaikan dsini bahawa kesibukan-lu adalah kehadiran-ku juga.. so berjimat cermat laaa.sebok2 juga. puasa kita still berjalan pd bulan2 yg lain dan gua tak mahu bangsa2 gua kurang amalan pahala puasa sbb terlalu lebih memikirkan keseronokan hari raya berbanding bulan penuh mulia bulan ramadhan ini.

RAYA FOR NOTHING??
nothing is possible.. yer gua tahu bukan semua orang suka beraya..
bagi gua semua orang ade perasaan dan hati masing2 yang sendiri sama tau.. sng cerita kalu lu smua orang nak tahu lu semua kena cuba, lihat, jadi dan berada disituasi mereka then barulaa lu boleh tahu kenapa segelintir mereka ini berfikir begitu.yep
bukan semua orang suka raya. kawan gua benci raya sebab dia baru sahaja kehilangan bapanya.mereka sedeyh tapi tabah mghadapi walau perit dihati mengisi kekosongan untuk berhari raya bersama sekeluarga. namun raya itu bukan bermakna bagi dia. kawan gua benci raya sebab kene balik kampung. katanya membosankan. katanya tak da live, semua family bercanggah, family problem..kawan gua benci raya sebab pagi raya rumah dia makan biskut mayat cicah milo panas je. kawan gua benci raya sebab tangan dia putus.dengar cerita kene penangan meriam buloh. kawan gua benci raya sebab kene pergi jumpa mak mertua. bersedia je lah telingan dibaham-baham. kawan gua benci raya sebab duit nak buat downpayment viva se baru terpaksa ditangguhkan kerana perlu dijadikan duit raya untuk anak-beranak dan sanak-saudara. kawan gua benci raya sebab baju raya dia dah 4 tahun tak tukar. kawan gua benci raya sebab raya kedua dia dah kene masuk kerja. kawan gua benci raya sebab abang dia kehilangan nyawa di jalan raya. kawan gua benci raya sebab dia dah tak boleh jadi hantu raya. kawan gua benci raya sebab badan dia naik 12paun lepas raya. kawan gua benci raya sebab dia tak mampu melihat dunia. =.='

***

kalau anda salah seorang golongan mereka di atas. anda jangan risau. anda tetap kawan gua. cuma sedikit peringatan, telah tuhan jadikan dunia ini untuk berlagak adil pada penduduknya. maka dengan kesederhanaan, beringat2lah pada mereka yang lebih memerlukan. tiada hari sehebat hari raya kecuali hari kiamat. kita hanya melaksanakan apa yang mampu..speaking gua* to just move on something that can be functional, if its nothing so let do something to feel it joy and happiness. then hopefully we can be happy like others. remember Allah always there for us~ maka bergembiralah sepuas2nya di hari raya..

dengan ini gua ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua insan yang bergembira.Selamat Menyambut Eid ul-Fitr Semua.

Maafkan segala kesalahanku wahai kawan-kawan. Semua yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu adalah dari diriku sendiri.

p/s: kawan satu dunia

8.9.10

Pemergian bermakna di pagi raya



cerita yang gua nak story ni memang menyayat kalbu. menjelang hari raya yang akan tiba minggu depan membuatkan gua kembali rindu kepadanya, kekasih gelap gua. berat gua nak cerita. tapi disini sahaja tempat luahan segalanya. kehilangan orang yang tersayang di pagi raya sudah tentu akan mencipta dunia serta suasana baru dalam hidup kita. dan gua terpaksa menghadapi itu.siapa sangka dalam sekelip mata, tanpa gua sedari segalanya hilang. tuhan lebih sayangkan beliau. dan mungkin atas sebab itu pemergiannya merubah detik2 bahagia hidup kami bersama. lebih2 lagi kehilangannya di pagi raya membuatkan gua lemah dalam meniti hari2 esok gua.


selama kami hidup bersama, pelbagai gelak ketawa, luka dan duka kami hadapi bersama. dan gua tak sangka permergian beliau lebih awal dari gua. mungkin tuhan cuba menyampaikan sesuatu. gua tangkap. gua rasa dia suruh gua bersedia dengan kematian. kerana sudah pasti tiada siapa yang akan kekal dalam dunia.


lantas.gua tidak ingin mengenang nasib.bukan cara gua untuk hidup mengenang perkara2 yang sudah terjadi kerana gua percaya masih banyak lagi perkara yang perlu gua tangisi.dan hari itu bukanlah pengakhiran segalanya. dan setiap hari gua perlu dan akan tersenyum mengenang masa2 gembira kita bersama oh sayang.


gua doakan kehidupan lu disana bersama bidadari syurga, sungai madu, sungai susu, mahligai istana yang akan sentiasa membuatkan kau bahagia.dan tolong jangan lupa gua. penat gua jaga lu tiap2 hari. bagi lu makan. cuci reban lu.beli dedak lu. akhir kata gua sayang lu.sumpah gua rindu lu. muah! xoxo!





2.9.10

Gua bukan nyah.

dan bila gua menangis.
bukan bermakna gua lembik.
bukan bermakna gua tak boleh pukul orang.
bukan bermakna gua tak boleh lari roadblock.
bukan bermakna gua sedih bersedih.
bukan bermakna gua hilang kawalan.

dan bila gua menangis.
gua bersedia untuk hidup.
gua mampu lihat dunia.
gua masih berdiri. sendiri.
bersama diri gua. untuk gua.

dan bila gua menangis.
gua mengenali warna.
gua ade naluri perasaan
gua jatuh dan bangun.
biar tak berjalan gua merangkak.
gua masih.
diri gua.
dan bila gua menangis.
gua duduk luar rumah.
gua tengok bulan dan bintang
gua usap kucing.
batang choki2 mainan di jari.

dan bila gua menangis.
gua tahu gua lelaki.
dan gua berjaya buang ego gua.
gua bukan macam nyah.
batang gua tegak.

dan bila gua menangis.
gua pergi tandas.
gua lepak bawah shower.
gua ambik sabun.
gua main buih.
gua buat belon.

dan bila gua menangis.
gua tak salahkan sesiapa.
gua cucuk mata gua.
sebab dia gua menangis.
dan sebab itu gua tetap sabar

_______ =.='

dan bila gua menangis.
gua bukak tulisan gua.
gua tulis.
supaya lu orang pula menangis.
boleh buat macam gua.

sebab gua tahu.
air mata gua.
air mata lu.
dan air mata kita sama sahaja.

terima kasih semua kerana membaca.

1.9.10

i like you but you just like reading








the world you love is less


commited to you